Tuesday 2 August 2011

PENGERTIAN AKHLAK



Dari Segi Bahasa.


Berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud: "Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran." Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.




Dari Segi Istilah.



Menurut Imam al-Ghazali


, "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."


Menurut Ibnu Maskawih, 



"Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."


Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, 


Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.

AKHLAK DALAM ISLAM

  • Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama Rasulullah saw.
  • Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana akhlak yang baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik.
  • Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin.
  • Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk boleh merosakkan pahala 
  • Akhlak merupakan sifat Rasulullah saw di mana Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran
  • Akhlak tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana dalam sebuah hadith diterangkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw : "Wahai Rasulullah, apakah itu agama?" Rasulullah menjawab :"Akhlak yang baik."
  • Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada neraka sebaliknya akhlak yang buruk menyebabkan seseorang itu jauh dari syurga.
  • Salah satu rukun agama Islam ialah Ihsan, iaitu merupakan asas akhlak seseorang muslim. Ihsan iaitu beribadat kepada allah seolah-olah kita melihatNya kerana walaupun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita.

Sunday 31 July 2011

HARI TERAKHIR BULA SYABAN

Alhamdullilah...syukur ke hadrat ilahi kerana apa yang di rancaang berjalan dengan baik....nak kata perfec t x lh kan tp okey lh....heehheh. Ape2 pown hajat kami adik beradik terlaksana  jgk untuk buat kenduri arwah buat ibu n abah yg sudah tiada..sendiri tanpa bantuan orang lain sama ada family sebelah abah @ ibu...... bermula dr membeli barang2 hingga lh merewang2 memasak dan bacaan yasin n tahlil.....syukur alhamdullilah......terima kasih yang teramat sngt wat suami yang very understnding....

Tuesday 19 July 2011

Hari n dh msuk 2 ari dh demam sakit hidung...nape tah? rasa semacam jer hidung gn mata n....sakit sngt.....huhhuhuhuh..klu dlu masa mak ada mesti dia tolong wat sesuatu untuk aku cepat sembuh....
itu semua tinggal kenangan saja....bukan apa anak2 sekarang yang masih punya ibu bapa kekadang mereka lalai dan tidak menghargai orang tua mereka....kekadang mereka juga x sedar yang mereka telah menyinggung perasaan ibu bapa mereka tanpa mereka sedari...mugkin suatu masa nnti bila mereka punya anak mereka akan mula memahami hati n perasaan ibu bapa ini...Ini bagi ibu bapa yang dah ada anak yang bujang2 lh....tension jga mereka ni...nak keras sangat pown x lh nk lembut sngat pown lagi x leh....nanti lain plk jdinyer....maklumlah sekarang ni pengaruh luar lebih kuat tarikannyer.....pengaruh kekawan juga lagi perrr boleh tahan masyallah hebatnyer....Ini lah cabaran ibu bapa zaman 2020 membesarkan anak2...Ya Allah jadikan lah anak2 ku anak2 yang soleh n solehah...ampunilah segala dosa2 mereka dan kau redhai lah mereka didunia dan diakhirat....lembutkn lah hati mereka serta berikanlah taufik dan hidayah mu ya Allah....terangkan lah hati2 mereka dalam menuntut ilmu dan berikan lah kejayaan pada mereka dunia dan akhirat... Amin2 ya rabilalamin....